Mana-mana lelaki yang menceraikan isterinya sebanyak tiga kali lafaz- mahupun dengan cara tidak jelas: tidaklah halal baginya untuk kembali kepada isterinya sehingga dia berkahwin dengan lelaki yang lain

TEKS BAHASA ARAB

أيما رجل طلق امرأته ثلاثاً عند الأقراء أو ثلاثاً مبهمة؛ لم تحل له حتى تنكح زوجاً غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana lelaki yang menceraikan isterinya sebanyak tiga kali lafaz- mahupun dengan cara tidak jelas: tidaklah halal baginya untuk kembali kepada isterinya sehingga dia berkahwin dengan lelaki yang lain.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 937, hadis nombor 4825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن سويد بن غفلة قال: كانت عائشة الخثعمية عند الحسن بن علي – رضي الله عنه -، فلما قتل علي – رضي الله عنه – قالت: لتهنئك الخلافة! قال: بقتل علي تظهرين الشماتة؟! اذهبي فأنت طالق، يعني ثلاثاً، قال: فتفعلت بثيابها، وقعدت حتى قضت عدتها، فبعث إليها ببقية بقيت لها من صداقها، وعشرة آلاف صدقة، فلما جاءها الرسول قالت: (متاع قليل من حبيب مفارق) ، فلما بلغه قولها، بكى، ثم قال: لولا أني سمعت جدي؛ أو حدثني أبي، أنه سمع جدي يقول: ((أيما رجل طلق امرأته ثلاثاً عند الأقراء أو ثلاثاً مبهمة؛ لم تحل له حتى تنكح زوجاً غيره)). لراجعتها.
[طب، هق، ((الضعيفة)) (3776)].

(Sangat Lemah)
Daripada Suwaid bin Ghaflah berkata: Suatu ketika Aisyah al-Khasa’miah bersama Hassan bin Ali RA. Ketika Ali RA dibunuh, Aisyah berkata: “Tahniah ke atas khalifah!”. Lalu Hassan pun berkata: “Engkau zahirkan kesenangan dengan kematian Ali? Pergilah kau, kau telah diceraikan, iaitu talak tiga”. Kemudian dia merosakkan bajunya lalu menunggu sehingga sempurna iddahnya. Setelah itu Hassan menghantar mas kahwin kepada Aisyah yang bernilai 10,000. Dan ketika utusan tersebut sampai kepada Aisyah maka beliau pun berkata: “Barang yang sedikit daripada kekasih yang terpisah”. Tatkala utusan tersebut menyampaikan kata-katanya kepada Hassan, beliau menangis dan berkata: “Kalaulah aku mendengar nasihat datukku atau ayahku. Dia pernah mendengar datuknya iaitu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Mana-mana lelaki yang menceraikan isterinya sebanyak tiga kali lafaz- mahupun dengan cara tidak jelas: tidaklah halal baginya untuk kembali kepada isterinya sehingga dia berkahwin dengan lelaki yang lain”.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3776].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs