Mana-mana imam yang terlupa, lalu dia menunaikan solat bersama suatu kaum dalam keadaan dia berjunub

TEKS BAHASA ARAB

أيما إمام سها، فصلى بالقوم وهو جنب، فقد مضت صلاتهم، ثم ليغتسل هو، ثم ليعد صلاته، وإن صلى بغير وضوء، فمثل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana imam yang terlupa, lalu dia menunaikan solat bersama suatu kaum dalam keadaan dia berjunub, maka sesungguhnya solat mereka (para makmum) telah selesai (iaitu solat mereka telah sah). Kemudian hendaklah dia (imam tersebut) melaksanakan mandi wajib, dan dia hendaklah mengulangi solatnya. Dan sekiranya imam menunaikan solat tanpa wuduk, maka keadaannya adalah kekal sama seperti tadi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 256, hadis nombor 1329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه – مرفوعا: ((أيما إمام سها، فصلى بالقوم وهو جنب، فقد مضت صلاتهم، ثم ليغتسل هو، ثم ليعد صلاته، وإن صلى بغير وضوء، فمثل ذلك)). [فر، قط، ((الضعيفة)) (2376)]

(Sangat Lemah)
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana imam yang terlupa, lalu dia menunaikan solat bersama suatu kaum dalam keadaan dia berjunub, maka sesungguhnya solat mereka (para makmum) telah selesai (iaitu solat mereka telah sah). Kemudian hendaklah dia (imam tersebut) melaksanakan mandi wajib, dan dia hendaklah mengulangi solatnya. Dan sekiranya imam menunaikan solat tanpa wuduk, maka keadaannya adalah kekal sama seperti tadi.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws dan al-Daraqutni dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2376]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs