Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيُّما إمامٍ سَها، فصلَّى بالقَومِ وَهوَ جُنبٌ، فقد مَضَتْ صلاتُهُم ، ثمَّ ليَغتسِلْ هوَ، ثمَّ ليُعِدْ صلاتَهُ وإن صلَّى بغيرِ وضوءٍ فمثلُ ذلِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana imam yang terlupa, lalu dia menunaikan solat bersama suatu kaum dalam keadaan dia berjunub, maka sesungguhnya solat mereka (para makmum) telah selesai (iaitu solat mereka telah sah). Kemudian hendaklah dia (imam tersebut) melaksanakan mandi wajib, dan dia hendaklah mengulangi solatnya. Dan sekiranya imam menunaikan solat tanpa wuduk, maka keadaannya adalah kekal sama seperti tadi.
Sahabat Perawi
- al-Bara’ bin ‘Azib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 256, hadis no. 1329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه - مرفوعا: ((أيما إمام سها، فصلى بالقوم وهو جنب، فقد مضت صلاتهم، ثم ليغتسل هو، ثم ليعد صلاته، وإن صلى بغير وضوء، فمثل ذلك)). [فر، قط، ((الضعيفة)) (2376)]
(Terlalu Daif) Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana imam yang terlupa, lalu dia menunaikan solat bersama suatu kaum dalam keadaan dia berjunub, maka sesungguhnya solat mereka (para makmum) telah selesai (iaitu solat mereka telah sah). Kemudian hendaklah dia (imam tersebut) melaksanakan mandi wajib, dan dia hendaklah mengulangi solatnya. Dan sekiranya imam menunaikan solat tanpa wuduk, maka keadaannya adalah kekal sama seperti tadi. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws dan al-Daraqutni dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2376]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman