Mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari yang haram, maka Nerakalah yang layak dengannya

TEKS BAHASA ARAB

((يا سعد! أطب مطعمك، تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده، إن العبد ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل من عمل أربعين يوما)). وزاد : ((وأيما عبد نبت لحمه من السحت فالنار أولى به)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Wahai Saad! Elokkanlah makananmu, engkau akan jadi orang yang mustajab doa. Demi (Tuhan) Yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seseorang hamba yang mencampakkan satu suapan yang haram ke dalam rongganya, lantas tidak diterima daripadanya amal selama empat puluh hari”. Dan Baginda menambah: “Mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari yang haram, maka Nerakalah yang layak dengannya.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1988, hadis nombor 9958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: تليت هذه الآية عند رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا)، فقام سعد بن أبي وقاص، فقال : يا رسول الله! ادع الله أن يجعلني مستجاب الدعوة، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ((يا سعد! أطب مطعمك، تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده، إن العبد ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل من عمل أربعين يوما)). وزاد : ((وأيما عبد نبت لحمه من السحت فالنار أولى به)).
[طس، ((الضعيفة)) (1812)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Aku telah membaca ayat ini di sisi Rasulullah : {Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang di Bumi, dalam keadaan halal lagi baik}. Lalu telah bangkit Saad bin Abi Waqqas, lantas dia berkata: Wahai Rasulullah! Doalah kepada Allah, agar dia jadikan aku orang yang mustajab doa. Lalu telah bersabda kepadanya Nabi SAW: “Wahai Saad! Elokkanlah makananmu, engkau akan jadi orang yang mustajab doa. Demi (Tuhan) Yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seseorang hamba yang mencampakkan satu suapan yang haram ke dalam rongganya, lantas tidak diterima daripadanya amal selama empat puluh hari”. Dan Baginda menambah: “Mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari yang haram, maka Nerakalah yang layak dengannya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1812]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs