Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mana-mana hadithku yang telah sampai kepada kamu, maka bacalah Kitab Allah dan ambillah iktibar

Teks Bahasa Arab

سيفشو عني أحاديثُ، فما أتاكم مِنْ حديثي فاقرأوا كتابَ اللهِ واعتَبِروه، فما وافق كتابَ اللهِ فأنا قلتُه، وما لم يُوافِقْ كتابَ اللهِ فلم أقلْه.

Teks Bahasa Melayu

Akan tersebar hadith-hadith daripadaku, mana-mana hadithku yang telah sampai kepada kamu, maka bacalah Kitab Allah dan ambillah iktibar, mana-mana hadith yang bertepatan dengan Kitab Allah maka aku telah mengucapkannya dan mana-mana hadith yang tidak bertepatan dengan Kitab Allah maka aku tidak pernah mengucapkannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1239, hadis no. 6317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما مرفوعا به: سيفشو عني أحاديث، فما أتاكم من حديثي فاقرأوا كتاب الله، واعتبروه، فما وافق كتاب الله فأنا قلته، وما لم يوافق كتاب الله فلم أقله. [طب، ((الضعيفة)) (1088)]

(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Umar RA secara marfu': Akan tersebar hadith-hadith daripadaku, mana-mana hadithku yang telah sampai kepada kamu, maka bacalah Kitab Allah dan ambillah iktibar, mana-mana hadith yang bertepatan dengan Kitab Allah maka aku telah mengucapkannya dan mana-mana hadith yang tidak bertepatan dengan Kitab Allah maka aku tidak pernah mengucapkannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1088]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.