Mana-mana anak muda yang membesar dalam keadaan menuntut ilmu dan beribadah hinggalah dia dewasa

TEKS BAHASA ARAB

أيما ناشئ نشأ في طلب العلم والعبادة حتى يكبر وهو على ذلك أعطاه الله يوم القيامة ثواب اثنين وسبعين صديقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana anak muda yang membesar dalam keadaan menuntut ilmu dan beribadah hinggalah dia dewasa dan dia masih lagi dalam keadaan sedemikian, Allah berikan kepadanya pada hari kiamat pahala 72 orang Siddiq.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1234, hadis nombor 6289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: أيما ناشئ نشأ في طلب العلم والعبادة حتى يكبر وهو على ذلك أعطاه الله يوم القيامة ثواب اثنين وسبعين صديقا.
[تمام، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، ((الضعيفة)) (700)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana anak muda yang membesar dalam keadaan menuntut ilmu dan beribadah hinggalah dia dewasa dan dia masih lagi dalam keadaan sedemikian, Allah berikan kepadanya pada hari kiamat pahala 72 orang Siddiq.
[Riwayat Tamam, Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 700].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.