Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَيُّما ناشئٍ نَشَأَ في طلبِ العلمِ والعبادةِ حتى يَكْبُرَ وهو على ذلك أعطاه اللهُ يومَ القيامةِ ثوابَ اثْنَيْنِ وسَبْعِينَ صِدِّيقًا
Teks Bahasa Melayu
Mana-mana anak muda yang membesar dalam keadaan menuntut ilmu dan beribadah hinggalah dia dewasa dan dia masih lagi dalam keadaan sedemikian, Allah berikan kepadanya pada hari kiamat pahala 72 orang Siddiq.
Sahabat Perawi
- Abi Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1234, hadis no. 6289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: أيما ناشئ نشأ في طلب العلم والعبادة حتى يكبر وهو على ذلك أعطاه الله يوم القيامة ثواب اثنين وسبعين صديقا. [تمام، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، ((الضعيفة)) (700)].
(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Mana-mana anak muda yang membesar dalam keadaan menuntut ilmu dan beribadah hinggalah dia dewasa dan dia masih lagi dalam keadaan sedemikian, Allah berikan kepadanya pada hari kiamat pahala 72 orang Siddiq. [Riwayat Tammam, Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 700].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman