Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استَحْيِ اللهَ استحياءَكَ مِن رجُلينِ من صالِحي عشيرتِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Malulah kamu kepada Allah seperti mana malunya kamu kepada dua orang lelaki yang soleh dalam kalangan keluarga kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 179, hadis no. 912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدّاً) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعاً: استحي الله استحياءك من رجلين من صالحي عشيرتك. [عد، ((الضعيفة)) (1500)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Malulah kamu kepada Allah seperti mana malunya kamu kepada dua orang lelaki yang soleh dalam kalangan keluarga kamu. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1500]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman