Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحياءُ عَشرةُ أجزاءٍ؛ فتِسعةٌ في النِّساءِ، وواحدٌ في الرِّجالِ، ولولا ذلك ما قَوِيَ الرِّجالُ على النِّساءِ.
Teks Bahasa Melayu
Malu itu ada 10 bahagian, sembilan daripadanya ada pada wanita dan 1 bahagian ada pada lelaki. Tanpanya, lelaki tidak akan berkuasa terhadap wanita.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 62, hadis no. 276. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((الحياء عشرة أجزاء؛ فتسعة في النساء، وواحد في الرجال، ولولا ذلك ما قوى الرجال على النساء)). [فر، ((الضعيفة)) (3541)].
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Malu itu ada 10 bahagian, sembilan daripadanya ada pada wanita dan 1 bahagian ada pada lelaki. Tanpanya, lelaki tidak akan berkuasa terhadap wanita.)) [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3541].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman