Malangnya kamu! Tidak boleh diminta syafaat dengan (perantaraan) Allah kepada mana-mana makhluk-Nya

TEKS BAHASA ARAB

ويحك لا يستشفع بالله على أحد من خلقه، شأن الله أعظم من ذلك، ويحك تدري ما الله عز وجل؟ إن عرشه على سماواته وأرضيه هكذا – وقال بأصابعه مثل القبة – وإنه ليئط به أطيط الرحل بالراكب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malangnya kamu! Tidak boleh diminta syafaat dengan (perantaraan) Allah kepada mana-mana makhluk-Nya. Kedudukan Allah itu lebih agung daripada itu. Malangnya kamu! Tahukah kamu apakah itu Allah Azzawajalla? Sesungguhnya Arasy-Nya berada di atas langit-langit-Nya dan bumi-bumi-Nya seperti ini – baginda mengisyaratkan dengan jari-jemarinya seperti kubah –, dan sesungguhnya ia (Arasy) akan berbunyi disebabkan-Nya (seperti) bunyi pelana disebabkan penunggang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 466, hadis nombor 2503. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جبير بن مطعم – رضي الله عنه -، قال: جاء رسول الله ﷺ أعرابي فقال: يا رسول الله! جهدت الأنفس وضاع العيال، وهلكت الأموال ونهكت الأنعام فاستسق الله لنا فإنا نستشفع بك على الله عز وجل ونستشفع بالله عليك، فقال رسول الله ﷺ: «ويحك لا يستشفع بالله على أحد من خلقه، شأن الله أعظم من ذلك، ويحك تدري ما الله عز وجل؟ إن عرشه على سماواته وأرضيه هكذا – وقال بأصابعه مثل القبة – وإنه ليئط به أطيط الرحل بالراكب». [د، ابن خزيمة في «التوحيد»، طب، «الضعيفة» (2639)].

(Lemah) Daripada Jubayr bin Muṭ‘im RA, beliau berkata: Seorang Arab Badwi telah mendatangi Rasulullah ﷺ lalu berkata: “Wahai Rasulullah, jiwa-jiwa telah menjadi berat, keluarga telah lemah, harta telah musnah dan binatang ternak telah binasa. Maka mintalah hujan kepada Allah untuk kami, sesungguhnya kami meminta syafaat dengan (perantaraan) kamu kepada Allah Azzawajalla dan kami juga meminta syafaat dengan (perantaraan) Allah kepadamu.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Malangnya kamu! Tidak boleh diminta syafaat dengan (perantaraan) Allah kepada mana-mana makhluk-Nya. Kedudukan Allah itu lebih agung daripada itu. Malangnya kamu! Tahukah kamu apakah itu Allah Azzawajalla? Sesungguhnya Arasy-Nya berada di atas langit-langit-Nya dan bumi-bumi-Nya seperti ini – baginda mengisyaratkan dengan jari-jemarinya seperti kubah –, dan sesungguhnya ia (Arasy) akan berbunyi disebabkan-Nya (seperti) bunyi pelana disebabkan penunggang”. [Riwayat Abū Dāwud dalam Sunannya, Ibn Khuzaymah dalam al-Tawḥīd dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2639].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs