TEKS BAHASA ARAB
ويح الفراخ فراخ آل محمد؛ من خليفة مستخلف مسرف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Malanglah keturunan keluarga Muhammad daripada keturunan khalifah yang melampau (Yazid).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1881, hadis nombor 9477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمة بن الأكوع -رضي الله عنه – رفعه: ((ويح الفراخ فراخ آل محمد؛ من خليفة مستخلف مسرف)). (فر، ((الضعيفة)) (4755)]
(Lemah) Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Malanglah keturunan keluarga Muhammad daripada keturunan khalifah yang melampau (Yazid)." [Riwayat al-al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4755]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.