TEKS BAHASA ARAB
ليلة الجمعة ويوم الجمعة أربع وعشرون ساعة لله تعالى في كل ساعة منها ستمائة ألف عتيق من النار كلهم قد استوجبوا النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Malam Jumaat dan hari Jumaat memiliki 24 jam di sisi Allah Ta’ala, bagi setiap jamnya terdapat 600 ribu orang yang dibebaskan daripada api neraka yang mana mereka asalnya telah pasti masuk neraka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 69, hadis nombor 389. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Jika begitu maka orang yang dibebaskan daripada neraka setiap tahun adalah seramai 720 juta orang yang telah pasti masuk neraka secara khusus. Di dunia, bilangan umat Islam tidak ada sebanyak itu. Turut terdapat hadith dengan lafaz: 700 orang sahaja dalam tempoh sejam, ia masuk akal. Dan juga wujud hadith dengan bilangan 600 ribu pada setiap hari Jumaat keseluruhannya, ia juga dengan sanad yang daif.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.