Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيْلَةُ الجُمُعَةِ وَيَوْمُ الجُمُعَةِ أَرْبَعٌ وَعِشْرُونَ سَاعَةً لله تَعَالَى فِي كُلِّ سَاعَةٍ مِنْهَا سِتُّمِائَةِ أَلْفِ عَتِيقٍ مِنَ النَّارِ كُلُّهُمْ قَدِ اسْتَوْجَبُوا النَّارَ.
Teks Bahasa Melayu
Malam Jumaat dan hari Jumaat memiliki 24 jam di sisi Allah Ta'ala, bagi setiap jamnya terdapat 600 ribu orang yang dibebaskan daripada api neraka yang mana mereka asalnya telah pasti masuk neraka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 69, hadis no. 389. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Jika begitu maka orang yang dibebaskan daripada neraka setiap tahun adalah seramai 720 juta orang yang telah pasti masuk neraka secara khusus. Di dunia, bilangan umat Islam tidak ada sebanyak itu. Turut terdapat hadith dengan lafaz: 700 orang sahaja dalam tempoh sejam, ia masuk akal. Dan juga wujud hadith dengan bilangan 600 ribu pada setiap hari Jumaat keseluruhannya, ia juga dengan sanad yang daif.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman