Malam dan siang itu ibarat kenderaan (atau tunggangan)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‏الليل والنهار مطيتان، ‏فاركبوهما بلاغا إلى الآخرة، ‏وإياك والتسويف بالتوبة، وإياك والغرة بحلم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malam dan siang itu ibarat kenderaan (atau tunggangan). Maka tungganglah kedua-duanya untuk sampai ke akhirat. Berwaspadalah kamu daripada melambat-lambatkan taubat. Serta berwaspadalah kamu daripada terperdaya dengan sifat lembut Allah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1975, hadis nombor 9876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف ‏جدا) ‏عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «‏الليل والنهار مطيتان، ‏فاركبوهما بلاغا إلى الآخرة، ‏وإياك والتسويف بالتوبة، وإياك والغرة بحلم الله».
[‏أبو الطيب الحوراني في «جزئه»، «الضعيفة» (722)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secra marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Malam dan siang itu ibarat kenderaan (atau tunggangan). Maka tungganglah kedua-duanya untuk sampai ke akhirat. Berwaspadalah kamu daripada melambat-lambatkan taubat. Serta berwaspadalah kamu daripada terperdaya dengan sifat lembut Allah.
[Riwayat Abu al-Tayyib al-Hawraniy dalam Juzu'nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 722].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.