Malam al-Qadar itu adalah malam yang bercahaya

TEKS BAHASA ARAB

ليلة القدر ليلة بلجة لا حارة ولا باردة ولا سحاب فيها ولا مطر ولا ريح ولا يرمى فيها بنجم ومن علامة يومها تطلع الشمس لا شعاع لها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malam al-Qadar itu adalah malam yang penuh bercahaya seperti cahaya yang keluar ketika permulaan waktu subuh. Tidak panas dan tidak sejuk, tidak ada awan padanya, tidak ada hujan yang turun, tidak ada angin yang bertiup, dan langitnya tidak dipenuhi dengan bintang. Antara tanda yang lain di waktu paginya, cahaya matahari terbit tidak bersinar terlalu terik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1143, hadis nombor 5782. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بتمامه) عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه مرفوعا: ليلة القدر ليلة بلجة لا حارة ولا باردة ولا سحاب فيها، ولا مطر، ولا ريح ولا يرمى فيها بنجم ومن علامة يومها تطلع الشمس لا شعاع لها. [أبو موسى المديني في جزء من الأمالي، الضعيفة (4404)]

(Lemah dengan teks yang lengkap) Daripada Wasilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Malam al-Qadar itu adalah malam yang penuh bercahaya seperti cahaya yang keluar ketika permulaan waktu subuh. Tidak panas dan tidak sejuk, tidak ada awan padanya, tidak ada hujan yang turun, tidak ada angin yang bertiup, dan langitnya tidak dipenuhi dengan bintang. Antara tanda yang lain di waktu paginya, cahaya matahari terbit tidak bersinar terlalu terik. [Riwayat Abu Musa al-Madani dalam Juz’ min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4404]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs