Malaikat Zabaniyah lebih cepat mengheret Penghafal al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الزبانية أسرع إلى فسقة حملة القرآن منهم إلى الأوثان فيقولون: يبدأ بنا قبل عبدة الأوثان؟ فيقال لهم: ليس من يعلم كمن لا يعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Malaikat Zabaniyah lebih cepat mengheret penghafal al-Quran yang fasiq berbanding penyembah berhala. Lalu mereka bertanya: Kami dimulakan sebelum penyembah berhala? Lalu dikatakan kepada mereka: Orang yang tahu tidak sama seperti orang yang tidak tahu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 92-93, hadis nombor 237. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الميزان: حديث منكر، وقال ابن حبان: حديث باطل، وقال ابن الجوزي: موضوع. لكن له شواهد.

Ibn Hajar berkata dalam al-Mizan: Hadith Munkar.
Ibn Hibban berkata: Hadith batil.
Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Namun, hadith tersebut ada sokongan.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs