Malaikat Zabaniyah lebih cepat mengheret Penghafal al-Quran yang fasik berbanding penyembah berhala

TEKS BAHASA ARAB

حديث: للزبانية أسرع إلى فسقة حملة القرآن منهم إلى عبدة الأوثان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Malaikat Zabaniyah lebih cepat mengheret Penghafal Al-Quran yang fasik berbanding penyembah berhala.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 293-294, hadis nombor 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي لفظ: يدعى بفسقه العلماء. فيمر بهم إلى النار قبل عبدة الأوثان.وهو موضوع. قال ابن حبان: هو موضوع. وفي إسناده: من يتهم بالوضع. وقد ذكر له في اللآلىء طرقًا لا يصح منها شيء.

Ada lafaz: Dipanggil ulama yang fasik. Lalu mereka diheret ke neraka sebelum penyembah berhala. Ia palsu. Ibn Hibban berkata: Ia palsu. Dalam sanadnya ada yang dituduh memalsukan hadis.Disebutkan dalam al-Laali’ beberapa jalur yang kesemuanya tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs