Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لَلزَّبَانِيَةُ أَسْرَعُ إِلَى فَسَقَةِ حَمَلَةِ الْقُرْآنِ مِنْهُمْ إِلَى عَبْدَةِ الأَوْثَانِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Malaikat Zabaniyah lebih cepat mengheret Penghafal Al-Quran yang fasik berbanding penyembah berhala.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 293-294, hadis no. 76. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفي لفظ: يدعى بفسقه العلماء. فيمر بهم إلى النار قبل عبدة الأوثان.وهو موضوع. قال ابن حبان: هو موضوع. وفي إسناده: من يتهم بالوضع. وقد ذكر له في اللآلىء طرقًا لا يصح منها شيء.
Ada lafaz: Dipanggil ulama yang fasik. Lalu mereka diheret ke neraka sebelum penyembah berhala. Ia palsu. Ibn Hibban berkata: Ia palsu. Dalam sanadnya ada yang dituduh memalsukan hadis.Disebutkan dalam al-Laali’ beberapa jalur yang kesemuanya tidak sahih.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman