Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Malaikat Zabaniyah lebih cepat mengheret Penghafal al-Quran

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: الزَّبَانِيَة أسْرع إِلَى فسقة حَملَة الْقُرْآن مِنْهُم إِلَى الْأَوْثَان فَيَقُولُونَ: يبْدَأ بِنَا قبل عَبدة الْأَوْثَان؟ فَيُقَال لَهُم: لَيْسَ من يعلم كمن لَا يعلم.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Malaikat Zabaniyah lebih cepat mengheret Penghafal al-Quran yang fasiq berbanding penyembah berhala. Lalu mereka bertanya: Kami dimulakan sebelum penyembah berhala?. Lalu dikatakan kepada mereka: Orang yang tahu tidak sama seperti orang yang tidak tahu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 92-93, hadis no. 237. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الميزان: حديث منكر، وقال ابن حبان: حديث باطل، وقال ابن الجوزي: موضوع. لكن له شواهد.

Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: hadis Munkar. Ibn Hibban berkata: hadis batil. Ibn al-Jawzi berkata : Palsu. Namun, hadis tersebut ada sokongan.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.