Malaikat Zabaniyah lebih cepat membantai orang fasiq yang membaca al-Qur'an berbanding penyembah berhala

TEKS BAHASA ARAB

الزبانية أسرع إلى فسقة القرآن منهم إلى عبدة الأوثان، فيقولون: يبدأ بنا قبل عبدة الأوثان؟ ! فيقال لهم: ليس من علم كمن لا يعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat Zabaniyah lebih cepat membantai orang fasiq yang membaca al-Qur’an berbanding penyembah berhala. Mereka bertanya: Dimulakan terhadap kami sebelum penyembah berhala?! Lalu dikatakan kepada mereka: Orang yang mengetahui tidak sama seperti orang yang tidak mengetahui.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1256, hadis nombor 6419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم: الزبانية أسرع إلى فسقة القرآن منهم إلى عبدة الأوثان، فيقولون: يبدأ بنا قبل عبدة الأوثان؟ ! فيقال لهم: ليس من علم كمن لا يعلم.
[الطبراني في ((ما انتقاه ابن مردويه عليه من حديثه لأهل البصرة))، حل، ((الضعيفة)) (2588)].

(Munkar)
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW: Malaikat Zabaniyah lebih cepat membantai orang fasiq yang membaca al-Qur’an berbanding penyembah berhala. Mereka bertanya: Dimulakan terhadap kami sebelum penyembah berhala?! Lalu dikatakan kepada mereka: Orang yang mengetahui tidak sama seperti orang yang tidak mengetahui.
[Riwayat al-Tabarani dalam Ma Intaqah Ibn Mardawaih 'Alaih Min Hadithihi Li Ahli al-Basrah, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2588]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs