Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الزبانية أَسْرَعُ إلى فسَقِة القرآن منهم إلى عَبْدَةِ الأوثانِ، فيقولون: يُبْدَأُ بنا قبل عبدة الأوثان؟ ! فيقال لهم: ليس من علم كمن لا يَعْلَمْ.
Teks Bahasa Melayu
Malaikat Zabaniyah lebih cepat membantai orang fasiq yang membaca al-Qur'an berbanding penyembah berhala. Mereka bertanya: Dimulakan terhadap kami sebelum penyembah berhala?! Lalu dikatakan kepada mereka: Orang yang mengetahui tidak sama seperti orang yang tidak mengetahui.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1256, hadis no. 6419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم: الزبانية أسرع إلى فسقة القرآن منهم إلى عبدة الأوثان، فيقولون: يبدأ بنا قبل عبدة الأوثان؟ ! فيقال لهم: ليس من علم كمن لا يعلم. [الطبراني في ((ما انتقاه ابن مردويه عليه من حديثه لأهل البصرة))، حل، ((الضعيفة)) (2588)].
(Munkar) Daripada Anas RA daripada Nabi SAW: Malaikat Zabaniyah lebih cepat membantai orang fasiq yang membaca al-Qur'an berbanding penyembah berhala. Mereka bertanya: Dimulakan terhadap kami sebelum penyembah berhala?! Lalu dikatakan kepada mereka: Orang yang mengetahui tidak sama seperti orang yang tidak mengetahui. [Riwayat al-Tabarani dalam Ma Intaqah Ibn Mardawaih 'Alaih Min Hadithihi Li Ahli al-Basrah, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2588]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman