Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صاحب اليمين أمير على صاحب الشمال، فإذا عمل العبد الحسنة كتبها له عشر أمثالها، وإذا عمل سيئة؛ قال صاحب اليمين لصاحب الشمال: أمسك، فيمسك عنه سبع ساعات من النهار، فإن استغفر؛ لم تكتب عليه، وإن لم يستغفر؛ كتبت سيئة واحدة
Teks Bahasa Melayu
Malaikat yang sebelah kanan menguasai yang sebelah kiri. Maka jika seorang hamba melakukan kebaikan, lalu dia akan menulis baginya sepuluh kebaikan. Dan sekiranya dia melakukan kejahatan, malaikat sebelah kanan akan berkata kepada sebelah kiri: Tahan dahulu, lalu ia akan menahan selama tujuh tempoh waktu daripada siang hari dan jika hamba itu memohon pengampunan, tidak akan ditulis baginya tetapi jika dia tidak meminta ampun akan ditulis baginya satu kejahatan.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1678, hadis no. 8460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani dan al-Wahidi dalam tafsirnya
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman