Malaikat yang di antara dua matanya perjalanan sejauh 500 tahun

TEKS BAHASA ARAB

إن لله ملكا ما بين شفري عينيه مسيرة خمس مئة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi Allah, ada malaikat yang di antara dua matanya perjalanan sejauh 500 tahun.

STATUS

Tidak Dijumpai

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 67, hadis nombor 63. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يوجد له أصل.

Tidak dijumpai asalnya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.