Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Malaikat tidak akan menemani mana-mana rombongan yang ada kulit harimau

Teks Bahasa Arab

لَا تَصْحِبُ المَلَائِكَةُ رُفقةً فِيهَا جِلْدُ نَمِرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Malaikat tidak akan menemani mana-mana rombongan yang ada kulit harimau.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 585, hadis no. 3005.

(منكر) عن أبي هريرة –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((لا ‌تصحبُ ‌الملائكةُ رِفقة فيها جلدُ نمر)). [د، ((الضعيفة)) (6687)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: (Rasulullah) SAW berkata: Malaikat tidak akan menemani mana-mana rombongan yang ada kulit harimau. [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6687].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.