Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُصلِّي الملائكةُ على نائحةٍ، ولا علَى مرنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Malaikat tidak akan berselawat ke atas perempuan yang meratap ke atas mayat dan merintih.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1754, hadis no. 8838. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((لا تصلي الملائكة على نائحة، ولا على مرنة.)) [حم، الطيالسي، ((الضعيفة)) (5005)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: ((Malaikat tidak akan berselawat ke atas perempuan yang meratap ke atas mayat dan merintih.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan al-Thoyalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5005].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman