Malaikat telah menyampaikan salam kepadaku kemudian berkata

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سلم علي ملك، ثم قال : لم أزل أستأذن ربي في لقائك، حتى كان هذا أوان أذن لي، وإني أبشرك أنه ليس أحد أكرم على الله منك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat telah menyampaikan salam kepadaku, kemudian berkata: “Aku sentiasa meminta izin kepada Tuhanku untuk bertemu denganmu. Sehingga kepada saat ini, Dia memberi izin kepadaku dan sesungguhnya aku memberi khabar gembira kepada kamu bahawa tidak ada seorang pun yang lebih mulia di sisi Allah SWT daripada kamu”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 67, hadis nombor 305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الرحمن بن غنم الأشعري -وكانت له صحبة-رضي الله عنه- قال: كنا جلوساً عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في المسجد، ومعه ناس من أهل المدينة، وهم من أهل النفاق، فإذا سحاب، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((سلم ‌علي ‌ملك، ‌ثم ‌قال: ‌لم ‌أزل ‌أستأذن ‌ربي ‌في ‌لقائك، ‌حتى ‌كان ‌هذا ‌أوان ‌أذن ‌لي، ‌وإني ‌أبشرك ‌أنه ‌ليس ‌أحد ‌أكرم ‌على ‌الله ‌منك)).
[فر، ابن منده، ((الضعيفة)) (‌‌3702)]

(Lemah)
Daripada ‘Abd al-Raḥmān ibn Ghanm al-Ash‘arī -beliau pernah bersahabat (dengan Rasulullah SAW)- telah berkata: Kami pernah duduk di sisi Rasulullah SAW di dalam masjid, dan bersama dengan baginda SAW terdapat beberapa orang daripada kalangan penduduk Madinah dan mereka merupakan golongan munafik. Tiba-tiba terdapat gumpalan awan, kemudiannya Rasulullah SAW telah bersabda: “Malaikat telah menyampaikan salam kepadaku, kemudian berkata: “Aku sentiasa meminta izin kepada Tuhanku untuk bertemu denganmu. Sehingga kepada saat ini, Dia memberi izin kepadaku dan sesungguhnya aku memberi khabar gembira kepada kamu bahawa tidak ada seorang pun yang lebih mulia di sisi Allah SWT daripada kamu”.
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, Ibn Mandah dalam al-Ma‘rifah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3702)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.