Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سلَّمَ عليَّ ملَكٌ، ثم قال : لم أزلْ أستأذنُ ربي في لقائِكَ، حتى كان هذا أوانُ أذِنَ لي، وإني أبشِّرُكَ أنهُ ليس أحدٌ أكرمَ على اللهِ منكَ.
Teks Bahasa Melayu
Malaikat telah menyampaikan salam kepadaku, kemudian berkata: “Aku sentiasa meminta izin kepada Tuhanku untuk bertemu denganmu. Sehingga kepada saat ini, Dia memberi izin kepadaku dan sesungguhnya aku memberi khabar gembira kepada kamu bahawa tidak ada seorang pun yang lebih mulia di sisi Allah SWT daripada kamu”.
Sahabat Perawi
- ‘Abd al-Rahman bin Ghanam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 67, hadis no. 305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Ghanam al-Ash‘arī -beliau pernah bersahabat (dengan Rasulullah SAW)- telah berkata: Kami pernah duduk di sisi Rasulullah SAW di dalam masjid, dan bersama dengan baginda SAW terdapat beberapa orang daripada kalangan penduduk Madinah dan mereka merupakan golongan munafik. Tiba-tiba terdapat gumpalan awan, kemudiannya Rasulullah SAW telah bersabda: “Malaikat telah menyampaikan salam kepadaku, kemudian berkata: “Aku sentiasa meminta izin kepada Tuhanku untuk bertemu denganmu. Sehingga kepada saat ini, Dia memberi izin kepadaku dan sesungguhnya aku memberi khabar gembira kepada kamu bahawa tidak ada seorang pun yang lebih mulia di sisi Allah SWT daripada kamu”. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, Ibn Mandah dalam al-Ma‘rifah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3702)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman