TEKS BAHASA ARAB
حديث: لقد صلت الملائكة علي وعلى علي سبع سنين. وذلك أنه لم يصل معي رجل غيره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Malaikat telah berselawat ke atasku dan Ali selama tujuh tahun. Ini kerana tidak ada yang dibacakan selawat bersamaku melainkan dia.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 343, hadis nombor 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده: محمد بن عبيد الله بن أبي رافع، رجل منكر الحديث. قال في اللآلىء: هو من رجال ابن ماجه، والحديث أخرجه ابن مردويه في فضائل علي. وقد رواه ابن عدي بسند آخر عن أنس مرفوعا. قال في الميزان: هذا الحديث إفك بين. وقد رواه ابن عساكر من حديث أبي ذر.
Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Ubaidillah bin Abi Rafi’, seorang lelaki yang munkar al-hadith. Dia berkata dalam al-Laali’: Dia adalah perawi Ibn Majah, hadith ini diriwayatkannya oleh Ibn Mardawaih dalam menyebutkan kelebihan Ali. Diriwayatkan juga oleh Ibn Adi dengan sanad lain daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata dalam al-Mizan: Hadith ini adalah pendustaan yang nyata. Ia diriwayatkan juga oleh Ibn Asakir daripada hadith Abu Zar.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.