Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Malaikat telah berselawat ke atasku dan Ali selama tujuh tahun

Teks Bahasa Arab

حديث: لَقَدْ صَلَّتِ الْمَلائِكَةُ عَلَيَّ وَعَلَى عَلِيٍّ سَبْعَ سِنِينَ. وَذَلِكَ أَنَّهُ لَمْ يُصَلِّ مَعِي رَجُلٌ غَيْرُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Malaikat telah berselawat ke atasku dan Ali selama tujuh tahun. Ini kerana tidak ada yang dibacakan selawat bersamaku melainkan dia.

Sahabat Perawi

  1. Abu Zar RA
  2. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 343, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: محمد بن عبيد الله بن أبي رافع، رجل منكر الحديث. قال في اللآلىء: هو من رجال ابن ماجه، والحديث أخرجه ابن مردويه في فضائل علي. وقد رواه ابن عدي بسند آخر عن أنس مرفوعا. قال في الميزان: هذا الحديث إفك بين. وقد رواه ابن عساكر من حديث أبي ذر.

Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Ubaidillah bin Abi Rafi’, seorang lelaki yang munkar al-hadith. Dia berkata dalam al-Laali’: Dia adalah perawi Ibn Majah, hadith ini diriwayatkannya oleh Ibn Mardawaih dalam menyebutkan kelebihan Ali. Diriwayatkan juga oleh Ibn Adi dengan sanad lain daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata dalam al-Mizan: Hadith ini adalah pendustaan yang nyata. Ia diriwayatkan juga oleh Ibn Asakir daripada hadith Abu Zar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.