Malaikat solat ke atas (jenazah) Nabi Adam serta bertakbir ke atasnya sebanyak empat kali dan berkata: Ini adalah sunnah kamu wahai anak Adam

TEKS BAHASA ARAB

صلت الملائكة على آدم، فكبرت عليه أربعا، وقالت: هذه سنتكم يا بني آدم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat solat ke atas (jenazah) Nabi Adam serta bertakbir ke atasnya sebanyak empat kali dan berkata: Ini adalah sunnah kamu wahai anak Adam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1732, hadis nombor 8715. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابي بن كعب -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((صلت الملائكة على آدم، فكبرت عليه أربعا، وقالت: هذه سنتكم يا بني آدم.)) [طس، قط، هق، ((الضعيفة)) (2872)]

(Lemah)
Daripada Ubay bin Ka’ab RA, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: ((Malaikat solat ke atas (jenazah) Nabi Adam serta bertakbir ke atasnya sebanyak empat kali dan berkata: Ini adalah sunnah kamu wahai anak Adam)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Daraqutni dalam Sunannya, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2872].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs