Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَلَّتِ الملائكةُ على آدمَ فكَبَّرَتْ عليه أربعًا ، وقالت : هذه سُنَّتُكم يا بَنِي آدمَ.
Teks Bahasa Melayu
Malaikat solat ke atas (jenazah) Nabi Adam serta bertakbir ke atasnya sebanyak empat kali dan berkata: Ini adalah sunnah kamu wahai anak Adam.
Sahabat Perawi
- Ubayy bin Ka'ab
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1732, hadis no. 8715. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابي بن كعب -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((صلت الملائكة على آدم، فكبرت عليه أربعا، وقالت: هذه سنتكم يا بني آدم.)) [طس، قط، هق، ((الضعيفة)) (2872)]
(Lemah) Daripada Ubay bin Ka'ab RA, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: ((Malaikat solat ke atas (jenazah) Nabi Adam serta bertakbir ke atasnya sebanyak empat kali dan berkata: Ini adalah sunnah kamu wahai anak Adam)). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Daraqutni dalam Sunannya, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2872].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman