TEKS BAHASA ARAB
حديث: لا تزال الملائكة تصلي على الغازي ما دام حمائل سيفه في عنقه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Malaikat sentiasa berselawat ke atas pejuang selama mana mereka membawa pedang dilehernya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 208, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن أنس مرفوعا وفي إسناده يحيى بن عنبسة القرشي كذاب.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya terdapat Yahya Bin ‘Anbasah al-Qurasyi seorang pembohong.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.