Malaikat pernah datang menemui Rasulullah SAW dengan rupa bentukku

TEKS BAHASA ARAB

جاء الملك بصورتي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم . فتزوجني رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا ابنة سبع سنين. وأهديت إليه وأنا ابنة تسع سنين. وتزوجني بكراً لم يكن في أحد من الناس. وكان يأتيه الوحي وأنا وهو في لحاف واحد. وكنت من أحب الناس إليه. ونزل في آيات من القرآن كادت الأمة تهلك فيها. ورأيت جبريل عليه الصلاة والسلام ولم يره أحد من نسائه غيري. وقبض في بيتي؛ لم يله أحد غير الملك إلا أنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat pernah datang menemui Rasulullah SAW dengan rupa bentukku. Rasulullah SAW mengahwiniku ketika saya berumur 7 tahun, saya diserahkan kepada Baginda ketika saya berumur 9 tahun, saya satu-satunya anak dara yang Baginda kahwini, wahyu pernah turun dalam keadaan saya dan Baginda berada dalam satu selimut, saya adalah antara manusia yang paling dicintai oleh Baginda, ada beberapa ayat al-Quran yang turun keranaku ketika umat hampir-hampir binasa, saya pernah melihat Jibril as, tiada wanita lain yang pernah melihatnya, Baginda diwafatkan di rumah saya, selain malaikat, hanya saya sahaja di sebelah Baginda.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1058, hadis nombor 5410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الرحمن بن الضحاك، أن عبد الله بن صفوان أتى عائشة وآخر معه فقالت عائشة لأحدهما: أسمعت حديث حفصة يا فلان؟ قال: نعم يا أم المؤمنين؟ فقال لها عبد الله بن صفوان: وما ذاك يا أم المؤمنين؟ قالت: خلال لي تسع لم يكن لأحد من النساء قبلي إلا ما آتى الله عز وجل مريم بنت عمران. والله ما أقول هذا أني أفخر على أحد من صواحباتي. فقال لها عبد الله بن صفوان: وما هن يا أم المؤمنين؟ قالت: جاء الملك بصورتي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم . فتزوجني رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا ابنة سبع سنين. وأهديت إليه وأنا ابنة تسع سنين. وتزوجني بكرًا لم يكن في أحد من الناس. وكان يأتيه الوحي وأنا وهو في لحاف واحد. وكنت من أحب الناس إليه. ونزل في آيات من القرآن كادت الأمة تهلك فيها. ورأيت جبريل عليه الصلاة والسلام. ولم يره أحد من نسائه غيري. وقبض في بيتي؛ لم يله أحد غير الملك إلا أنا. [ك، الضعيفة 4970]

(Munkar) Daripada ‘Abd al-Rahman bin al-Dahhak: Bahawasanya ‘Abdullah bin Safwan dan seorang lagi menemui ‘Aishah, lalu ‘A’ishah berkata kepada salah seorangnya: Adakah kamu pernah mendengar hadis Hafsah? Lelaki itu menjawab: Pernah, wahai Umm al-Mu’minin. ‘Abdullah bin Safwan mencelah: Ada apakah anda bertanya tentang ini, wahai Umm al-Mu’minin? ‘Aishah berkata: Saya memiliki sembilan kelebihan yang tiada pada mana-mana sebelum saya, kecuali Maryam binti ‘Imran. Demi Allah, saya tidak beritahu ini untuk berlagak kepada mana-mana madu saya. ‘Abdullah bin Safwan bertanya: Apakah sembilan kelebihan tersebut, wahai Umm al-Mu’minin?
‘Aishah pun mengkhabarkan, Malaikat pernah datang menemui Rasulullah SAW dengan rupa bentukku, Rasulullah SAW mengahwiniku ketika saya berumur 7 tahun, saya diserahkan kepada Baginda ketika saya berumur 9 tahun, saya satu-satunya anak dara yang Baginda kahwini, wahyu pernah turun dalam keadaan saya dan Baginda berada dalam satu selimut, saya adalah antara manusia yang paling dicintai oleh Baginda, ada beberapa ayat al-Quran yang turun keranaku ketika umat hampir-hampir binasa, saya pernah melihat Jibril as, tiada wanita lain yang pernah melihatnya, Baginda diwafatkan di rumah saya, selain malaikat, hanya saya sahaja di sebelah Baginda. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4970)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs