Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جاء المَلَكُ بصورتي إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم. فتَزَوَّجَني رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم وأنا ابنةُ سبعِ سِنِينَ. وأُهْدِيتُ إليه وأنا ابنةُ تسعِ سِنِينَ. وتزوجني بِكْرًا لم يكن في أحدٍ من الناسِ . وكان يأتِيهِ الوحيُ وأنا وهو في لِحافٍ واحدٍ. وكنتُ من أَحَبِّ الناسِ إليه . ونزل فيَّ آياتٌ من القرآنِ كادتِ الأمةُ تَهْلِكُ فيها . ورأيتُ جبريلَ عليه السلام ؛ ولم يَرَهُ أحدٌ من نسائِه غيري . وقُبِضَ في بيتي ؛ لم يَلِهِ أحدٌ غيرُ المَلَكِ إلا أنا.
Teks Bahasa Melayu
Malaikat pernah datang menemui Rasulullah SAW dengan rupa bentukku. Rasulullah SAW mengahwiniku ketika saya berumur 7 tahun, saya diserahkan kepada Baginda ketika saya berumur 9 tahun, saya satu-satunya anak dara yang Baginda kahwini, wahyu pernah turun dalam keadaan saya dan Baginda berada dalam satu selimut, saya adalah antara manusia yang paling dicintai oleh Baginda, ada beberapa ayat al-Quran yang turun keranaku ketika umat hampir-hampir binasa, saya pernah melihat Jibril as, tiada wanita lain yang pernah melihatnya, Baginda diwafatkan di rumah saya, selain malaikat, hanya saya sahaja di sebelah Baginda.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1058, hadis no. 5410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada ‘Abd al-Rahman bin al-Dahhak: Bahawasanya ‘Abdullah bin Safwan dan seorang lagi menemui ‘Aishah, lalu ‘A’ishah berkata kepada salah seorangnya: Adakah kamu pernah mendengar hadis Hafsah? Lelaki itu menjawab: Pernah, wahai Umm al-Mu’minin. ‘Abdullah bin Safwan mencelah: Ada apakah anda bertanya tentang ini, wahai Umm al-Mu’minin? ‘Aishah berkata: Saya memiliki sembilan kelebihan yang tiada pada mana-mana sebelum saya, kecuali Maryam binti ‘Imran. Demi Allah, saya tidak beritahu ini untuk berlagak kepada mana-mana madu saya. ‘Abdullah bin Safwan bertanya: Apakah sembilan kelebihan tersebut, wahai Umm al-Mu’minin? ‘Aishah pun mengkhabarkan, Malaikat pernah datang menemui Rasulullah SAW dengan rupa bentukku, Rasulullah SAW mengahwiniku ketika saya berumur 7 tahun, saya diserahkan kepada Baginda ketika saya berumur 9 tahun, saya satu-satunya anak dara yang Baginda kahwini, wahyu pernah turun dalam keadaan saya dan Baginda berada dalam satu selimut, saya adalah antara manusia yang paling dicintai oleh Baginda, ada beberapa ayat al-Quran yang turun keranaku ketika umat hampir-hampir binasa, saya pernah melihat Jibril as, tiada wanita lain yang pernah melihatnya, Baginda diwafatkan di rumah saya, selain malaikat, hanya saya sahaja di sebelah Baginda. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4970)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman