TEKS BAHASA ARAB
إذا كذب العبد، تباعد عنه الملك ميلا من نتن ما جاء به.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seorang hamba itu berbohong, malaikat akan menjauhinya sebanyak satu batu (kilometer) disebabkan busuknya perbuatan yang telah dia lakukan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 25, hadis nombor 70. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر- رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((إذا كذب العبد، تباعد عنه الملك ميلا من نتن ما جاء به)).
[ت، عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن أبي الدنيا في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1828)]
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang hamba itu berbohong, malaikat akan menjauhinya sebanyak satu batu (kilometer) disebabkan busuknya perbuatan yang telah dia lakukan.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Sunan al-Tirmiẓī, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa, Ibn Abi al-Dunya dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1828]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.