Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Malaikat menegur seorang lelaki Muslim yang menziarahi saudaranya

Teks Bahasa Arab

حدَّثني جبريلُ أنَّ اللَّهَ أَهبطَ إلى الأرضِ ملَكًا، فأقبلَ ذلِكَ الملَكُ يمشي حتَّى انتَهى إلى بابِ رجُلٍ ينادي على بابِ الدَّارِ، فقالَ الملَكُ للرَّجلِ: ما جاءَ بِكَ إلى هذِهِ الدَّارِ؟ فقالَ: أخٌ لي مسلِمٌ زرتُهُ في اللَّهِ، قالَ: آللَّهِ ما جاءَ بِكَ إلَّا ذلِكَ؟ قالَ: آللَّهِ ما جاءَ بي إلَّا ذلِكَ: قالَ الملَكُ: فإنِّي رسولُ اللَّهِ إليْكَ وَهوَ يُقريكَ السَّلامَ، ويقولُ: وجبَت لَكَ الجنَّةُ، وأيُّما مسلِمٍ زارَ مسلمًا، فليسَ إيَّاهُ يزورُ، بل إيَّايَ يزورُ وثوابُهُ عليَّ الجنَّةُ.

Teks Bahasa Melayu

Jibril AS telah menceritakan kepadaku bahawa Allah telah mencampakkan satu malaikat ke bumi, lalu malaikat tersebut berjalan hingga sampai ke satu pintu rumah yang ada seorang lelaki sedang memanggil-manggil di pintu rumah tersebut, lalu malaikat itu bertanya lelaki tersebut: Apakah sebab kamu datang ke rumah ini? Lelaki itu menjawab: Dia adalah saudara muslimku, aku menziarahinya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Demi Allah, kamu tidak datang melainkan hanya sebab itu sahaja (kerana Allah)? Lelaki itu menjawab: Ya demi Allah, aku tidak datang melainkan hanya disebabkan itu. Malaikat pun berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, Dia mengirimkan salam kepadamu dan Dia berfirman: Kamu pasti mendapat syurga. Dan sesiapa sahaja dari kalangan Muslim yang menziarahi seorang Muslim, dia bukanlah menziarahi saudaranya itu akan tetapi dia menziarahi Aku dan ganjaran untuknya memasuki syurga.

Sahabat Perawi

  1. Hasan bin Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1322, hadis no. 6747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن بن علي بن أبي طالب رضي الله عنهما مرفوعا: حدثني جبريل أن الله أهبط إلى الأرض ملكا، فأقبل ذلك الملك يمشي حتى انتهى إلى باب رجل ينادي على باب الدار، فقال الملك للرجل: ما جاء بك إلى هذه الدار؟ فقال: أخ لي مسلم زرته في الله، قال: آلله ما جاء بك إلا ذلك؟ قال: آلله ما جاء بي إلا ذلك، قال الملك: فإني رسول الله إليك، وهو يقريك السلام، ويقول: وجبت لك الجنة، وأيما مسلم زار مسلما، فليس إياه يزور، بل إياي يزور وثوابه علي الجنة. [الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، ((الضعيفة)) (2078)].

(Palsu) Daripada al-Hasan bin 'Ali bin Abi Talib RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Jibril AS telah menceritakan kepadaku bahawa Allah telah mencampakkan satu malaikat ke bumi, lalu malaikat tersebut berjalan hingga sampai ke satu pintu rumah yang ada seorang lelaki sedang memanggil-manggil di pintu rumah tersebut, lalu malaikat itu bertanya lelaki tersebut: Apakah sebab kamu datang ke rumah ini? Lelaki itu menjawab: Dia adalah saudara muslimku, aku menziarahinya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Demi Allah, kamu tidak datang melainkan hanya sebab itu sahaja (kerana Allah)? Lelaki itu menjawab: Ya demi Allah, aku tidak datang melainkan hanya disebabkan itu. Malaikat pun berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, Dia mengirimkan salam kepadamu dan Dia berfirman: Kamu pasti mendapat syurga. Dan sesiapa sahaja dari kalangan Muslim yang menziarahi seorang Muslim, dia bukanlah menziarahi saudaranya itu akan tetapi dia menziarahi Aku dan ganjaran untuknya memasuki syurga. [Riwayat al-Dulabi dalam al-Zurriyyah al-Tahirah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2078].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.