TEKS BAHASA ARAB
إذا قرأ القارىء فأخطأ، أو لحن، أو كان أعجميا؛ كتبه الملك كما أنزل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang pembaca (qari) membaca, lalu dia tersalah atau tersalah perkataan/baris atau dia seorang ‘ajam (orang bukan arab), maka malaikat menulis untuknya (pahala) sebagaimana (bacaan) al-Qur’an diturunkan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1430, hadis nombor 7262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إذا قرأ القارىء فأخطأ، أو لحن، أو كان أعجميا؛ كتبه الملك كما أنزل.
[فر، ((الضعيفة)) (2193)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang pembaca (qari) membaca, lalu dia tersalah atau tersalah perkataan/baris atau dia seorang ‘ajam (orang bukan arab), maka malaikat menulis untuknya (pahala) sebagaimana (bacaan) al-Qur’an diturunkan.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2193]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.