Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا قرأ القارىءُ، فأخطأ أو لَحَنَ، أو كان أعجميًّا ؛ كتبه الملَكُ كما أُنْزِلَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang pembaca (qari) membaca, lalu dia tersalah atau tersalah perkataan/baris atau dia seorang ‘ajam (orang bukan arab), maka malaikat menulis untuknya (pahala) sebagaimana (bacaan) al-Qur'an diturunkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1430, hadis no. 7262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إذا قرأ القارىء فأخطأ، أو لحن، أو كان أعجميا؛ كتبه الملك كما أنزل. [فر، ((الضعيفة)) (2193)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang pembaca (qari) membaca, lalu dia tersalah atau tersalah perkataan/baris atau dia seorang ‘ajam (orang bukan arab), maka malaikat menulis untuknya (pahala) sebagaimana (bacaan) al-Qur'an diturunkan. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2193]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman