Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Malaikat memohon ampun bagi anak-anak rambut wanita dan janggut lelaki

Teks Bahasa Arab

ملائكةُ السماءِ يستغفرونَ لذَوائِبِ النساءِ ولِحَى الرجالِ؛ يقولونَ: سبحان الذي زَيَّنَ الرجالَ باللِّحَى والنساءَ بالذوائب.

Teks Bahasa Melayu

Malaikat di langit memohon ampun bagi anak-anak rambut wanita dan janggut lelaki, mereka (malaikat) berdoa: Maha Suci Allah yang telah menghiasi lelaki dengan janggut dan wanita dengan anak rambut.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1639, hadis no. 8289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالتْ: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ملائكة السماء يستغفرون لذوائب النساء ولحى الرجال؛ يقولون: سبحان الذي زين الرجال باللحى والنساء بالذوائب)). [فر، ((الضعيفة)) (6025)]

(Palsu) Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Malaikat di langit memohon ampun bagi anak-anak rambut wanita dan janggut lelaki, mereka (malaikat) berdoa: Maha Suci Allah yang telah menghiasi lelaki dengan janggut dan wanita dengan anak rambut.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6025].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.