Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Malaikat maut AS mendatangi seorang lelaki yang akan mati, lalu malaikat itu tidak menemui adanya kebaikan pada lelaki itu

Teks Bahasa Arab

حضرَ ملكُ الموتِ -عليهِ السَّلامُ- رجلًا يموتُ فلم يجَدْ فيه خيرًا، وشقَّ عَن قلبِه فلم يجد فيه شيئًا، ثمَّ فَكَّ عن لِحيتِه فوجدَ طرفَ لسانِه لاصقًا بحنكِه يقولُ: لا إلهَ إلَّا اللهُ، فغفرَ اللهُ له بكلِمةِ الإخلاصِ.

Teks Bahasa Melayu

Malaikat maut AS mendatangi seorang lelaki yang akan mati, lalu malaikat itu tidak menemui adanya kebaikan pada lelaki itu. Malaikat itu pun membelah jantung hatinya, tetap juga tidak menemui apa-apa kebaikan di dalamnya. Kemudian malaikat itu membongkar mulutnya, lalu malaikat tersebut menemui pada hujung lidahnya melekat pada rahangnya, dia sedang menyebutkan: 'Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah', lalu Allah mengampuninya disebabkan kalimah tauhid itu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1448, hadis no. 7365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((حضر ملك الموت -عليه السلام- رجلا يموت فلم يجد فيه خيرا، وشق عن قلبه فلم يجد فيه شيئا، ثم فك عن لحييه فوجد طرف لسانه لاصقا بحنكه يقول: لا إله إلا الله، فغفر الله له بكلمة الإخلاص)). [المحاملي في ((الثالث من الأمالي))، خط، فر، الضياء، ((الضعيفة)) (2590)].

(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Malaikat maut AS mendatangi seorang lelaki yang akan mati, lalu malaikat itu tidak menemui adanya kebaikan pada lelaki itu. Malaikat itu pun membelah jantung hatinya, tetap juga tidak menemui apa-apa kebaikan di dalamnya. Kemudian malaikat itu membongkar mulutnya, lalu malaikat tersebut menemui pada hujung lidahnya melekat pada rahangnya, dia sedang menyebutkan: 'Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah', lalu Allah mengampuninya disebabkan kalimah tauhid itu. [Riwayat al-Maḥāmilī dalam al-Thālith min al-Amālī, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus, dan al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2590].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.