Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Malaikat langit memohon ampun untuk rambut tengah wanita dan janggut lelaki

Teks Bahasa Arab

ملائكةُ السَّماءِ يستَغفِرونَ لذَوائبِ النِّساءِ ولِحى الرِّجالِ ؛ يقولونَ : سبحانَ الَّذي زيَّنَ الرِّجالَ بالحى ، والنِّساءَ بالذَّوائِبِ.

Teks Bahasa Melayu

Malaikat langit memohon ampun untuk rambut tengah wanita dan janggut lelaki; mereka berkata: “Maha suci Tuhan yang menghiasi lelaki dengan janggut, dan perempuan dengan rambut tengah.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 552, hadis no. 2876.

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَلَائِكَة السَّمَاء يَسْتَغْفِرُونَ ‌لذوائب النِّسَاء ولحى الرِّجَال يَقُولُونَ سُبْحَانَ الله الَّذِي زين الرِّجَال باللحى وَالنِّسَاء بالذوائب)). [فر، ((الضعيفة)) (6025)]

(Palsu) Daripada Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Malaikat langit memohon ampun untuk rambut tengah wanita dan janggut lelaki; mereka berkata: “Maha suci Tuhan yang menghiasi lelaki dengan janggut, dan perempuan dengan rambut tengah.” [Riwayat al-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6025]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.