Malaikat Jibril menangis kerana gerun akan neraka jahanam

TEKS BAHASA ARAB

أن جبريل – عليه السلام – جاء إلى النبي- صلى الله عليه وسلم – وهو يبكي فقال: ما يبكيك؟ قال: ما جفت لي عين منذ خلق الله جهنم مخافة أن أعصيه؛ فيلقيني فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Jibril AS datang kepada Nabi SAW dalam keadaan menangis, lalu Baginda bertanya: “Apa yang menyebabkan engkau menangis?,” Jibril menjawab: “Sungguh mataku tidak pernah kering semenjak Allah SWT menciptakan neraka jahanam kerana aku takut bermaksiat kepada-Nya sehingga Allah mencampakkan aku ke dalamnya."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis nombor 2848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي عمران، قال: بلغني أن جبريل -عليه السلام – جاء إلى النبي- صلى الله عليه وسلم – وهو يبكي فقال: ((ما يبكيك؟)) قال: ((ما جفت لي عين منذ خلق الله جهنم مخافة أن أعصيه؛ فيلقيني فيها)). [هب،((الضعيفة))(6497)]

(Palsu)
Daripada Abu Imran berkata: Sesungguhnya telah sampai kepadaku berita bahwa sesungguhnya Jibril AS datang kepada Nabi SAW dalam keadaan menangis, lalu Baginda bertanya: “Apa yang menyebabkan engkau menangis?,” Jibril menjawab: “Sungguh mataku tidak pernah kering semenjak Allah SWT menciptakan neraka jahanam kerana aku takut bermaksiat kepada-Nya sehingga Allah mencampakkan aku ke dalamnya”.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Kitab Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6497]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs