Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتاني جبريلُ، فحملَني على جناحِه الأيمنِ، فكنتُ من ربي عزَّ وجلَّ كقابِ قوسيْنِ أو أدنى... وذكر الحديثَ.
Teks Bahasa Melayu
Malaikat Jibril datang kepadaku, lalu dia mengangkatku atas sayap kanannya. Maka aku berada daripada Tuhanku Yang Maha Mulia, seperti jarak dua busur panah atau lebih dekat lagi…
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1073, hadis no. 5466. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أتاني جِبريلُ فَحَمَلَنِي على جَنَاحِهِ الأيمنِ فكنتُ مِنْ ربي عز وجل كقاب قوسينِ أو أدنى...وذكر الحديث. [ابن جميع في معجم الشيوخ، الضعيفة 5683]
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Malaikat Jibril datang kepadaku, lalu dia mengangkatku atas sayap kanannya. Maka aku berada daripada Tuhanku Yang Maha Mulia, seperti jarak dua busur panah atau lebih dekat lagi… Dan beliau menyebutkan hadis tersebut. [Riwayat Ibn Jami‘ dalam Mu‘jam al-Shuyukh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5683]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman