Malaikat Israfil mempunyai empat sayap

TEKS BAHASA ARAB

إسرافيل له أربعة أجنحة، منها جناحان؛ أحدهما بالمشرق، والآخر بالمغرب، واللوح بين عينيه، فإذا أراد الله – عز وجل – أن يكتب الوحي؛ ينقر بين جبهته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat Israfil mempunyai empat sayap. Antaranya dua sayap, salah satunya di timur dan satu lagi di barat. Antara dua matanya ada lohmahfuz, maka apabila Allah Azzawajalla hendak menulis wahyu, Dia akan memahat di antara dahinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 562, hadis nombor 2917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها -: أن كعبا رحمه الله – تعالى – قال لها: هل سمعت رسول الله ﷺ يقول في إسرافيل شيئا؟ قالت: نعم، سمعت رسول الله ﷺ يقول: «إسرافيلُ لهُ أربعةُ أجنحةٍ، منها جناحانِ؛ أحدُهما بالمشرقِ، والآخرُ بالمغربِ، واللَّوحُ بينَ عينَيهِ، فإذا أرادَ اللهُ – عزَّ وجلَّ – أن يَكتبَ الوَحْيَ؛ يَنْقُرُ بينَ جبهتِه». [أبو الشيخ في ((العظمة))، ((الضعيفة)) (7895)].

(Palsu) Daripada ‘Āishah RA bahawa Ka‘ab RH berkata kepada beliau: “Adakah kamu telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda sesuatu mengenai Malaikat Israfil?”. Beliau menjawab: “Ya, aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Malaikat Israfil mempunyai empat sayap. Antaranya dua sayap, salah satunya di timur dan satu lagi di barat. Antara dua matanya ada lohmahfuz, maka apabila Allah Azzawajalla hendak menulis wahyu, Dia akan memahat di antara dahinya.” [Riwayat Abū al-Shaykh dalam al-‘Aẓamah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6895].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs