Malaikat di langit memohon ampun untuk wanita yang bertocang dan lelaki berjanggut

TEKS BAHASA ARAB

ملائكة السماء يستغفرون لذوائب النساء ولحى الرجال؛ يقولون: سبحان الذي زين الرجال باللحى والنساء بالذوائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat di langit memohon ampun untuk wanita yang bertocang dan lelaki berjanggut. Mereka berkata: Maha Suci Allah yang memperelokkan para lelaki dengan janggut dan wanita dengan tocang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2059, hadis nombor 10345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله ﷺ: ملائكة السماء يستغفرون لذوائب النساء ولحى الرجال؛ يقولون: سبحان الذي زين الرجال باللحى والنساء بالذوائب.
[فر، ((الضعيفة)) (6025)]

(Palsu)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Malaikat di langit memohon ampun untuk wanita yang bertocang dan lelaki berjanggut. Mereka berkata: Maha Suci Allah yang memperelokkan para lelaki dengan janggut dan wanita dengan tocang.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6025]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs