Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ملائكةُ السماءِ يستغفرونَ لذَوائِبِ النساءِ ولِحَى الرجالِ؛ يقولونَ: سبحان الذي زَيَّنَ الرجالَ باللِّحَى والنساءَ بالذوائب.
Teks Bahasa Melayu
Malaikat di langit memohon ampun untuk wanita yang bertocang dan lelaki berjanggut. Mereka berkata: Maha Suci Allah yang memperelokkan para lelaki dengan janggut dan wanita dengan tocang.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2059, hadis no. 10345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله ﷺ: ملائكة السماء يستغفرون لذوائب النساء ولحى الرجال؛ يقولون: سبحان الذي زين الرجال باللحى والنساء بالذوائب. [فر، ((الضعيفة)) (6025)]
(Palsu) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Malaikat di langit memohon ampun untuk wanita yang bertocang dan lelaki berjanggut. Mereka berkata: Maha Suci Allah yang memperelokkan para lelaki dengan janggut dan wanita dengan tocang. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6025]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman