Malaikat datang ke dunia lalu melihat anak Adam melakukan maksiat

TEKS BAHASA ARAB

أشرفت الملائكة على الدنيا، فرأت بني آدم يعصون، فقالوا: يا رب! ما أجهل هؤلاء! ما أقل معرفة هؤلاء بعظمتك! فقال الله تعالى: لو كنتم في مسلاخهم لعصيتموني. قالوا: كيف يكون هذا ونحن نسبح بحمدك، ونقدس لك؟! قال: فاختاروا منكم ملكين، قال: فاختاروا هاروت، وماروت، ثم أهبطا إلى الدنيا، وركبت فيهما شهوات بني آدم، ومثلت لهما امرأة فما عصما حتى واقعا المعصية، فقال الله عز وجل لهما: فاختارا عذاب الدنيا، أو عذاب الآخرة؟ فنظر أحدهما إلى صاحبه، فقال: ما تقول؟ قال: أقول إن عذاب الدنيا ينقطع، وإن عذاب الآخرة لا ينقطع، فاختارا عذاب الدنيا فهما اللذان ذكرهما الله عز وجل في كتابه: {وما أنزل على الملكين ببابل هاروت وماروت}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat datang ke dunia lalu melihat anak Adam melakukan maksiat, lalu mereka berkata: Wahai Tuhan! Betapa jahilnya mereka! Betapa sikitnya pengetahuan mereka terhadap keagungan-Mu. Lalu Allah SWT berkata: Sekiranya kamu di tempat mereka maka kamu juga akan melakukan maksiat terhadap-Ku, mereka berkata: Bagaimana boleh jadi begini dan kami bertasbih kepada-Mu dan mensucikan-Mu?! Maka Dia berkata: Pilihlah dua malaikat daripadamu. Dia berkata lagi: Pilihlah Harut dan Marut kemudian akan diturunkan mereka ke dunia, dan akan dimasukkan pada mereka berdua syahwat bani Adam, dan akan dijadikan bagi mereka seakan-akan seorang wanita. Maka terpelihara mereka sehinggalah mereka melakukan maksiat. Lalu Allah Azzawajalla berkata pada mereka: Pilihlah di antara azab dunia atau azab akhirat? Lalu mereka memandang sesama sendiri. Lalu dia berkata: Apa yang mereka jawab? Baginda berkata: Aku berkata bahawa azab dunia ini terputus tetapi sesungguhnya azab akhirat itu tidak terputus lalu mereka memilih azab dunia. Mereka berdua inilah yang telah Allah Azzawajalla sebutkan di dalam kitab-Nya, firman Allah SWT: "Dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut" (Surah al-Baqarah: 102).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1573 – 1574, hadis nombor 7965. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عمر- رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أشرفت الملائكة على الدنيا، فرأت بني آدم يعصون، فقالوا: يا رب! ما أجهل هؤلاء! ما أقل معرفة هؤلاء بعظمتك! فقال الله تعالى: لو كنتم في مسلاخهم لعصيتموني. قالوا: كيف يكون هذا ونحن نسبح بحمدك، ونقدس لك؟! قال: فاختاروا منكم ملكين، قال: فاختاروا هاروت، وماروت، ثم أهبطا إلى الدنيا، وركبت فيهما شهوات بني آدم، ومثلت لهما امرأة فما عصما حتى واقعا المعصية، فقال الله عز وجل لهما: فاختارا عذاب الدنيا، أو عذاب الآخرة؟ فنظر أحدهما إلى صاحبه، فقال: ما تقول؟ قال: أقول إن عذاب الدنيا ينقطع، وإن عذاب الآخرة لا ينقطع، فاختارا عذاب الدنيا فهما اللذان ذكرهما الله عز وجل في كتابه: {وما أنزل على الملكين ببابل هاروت وماروت})) [هب، ((الضعيفة)) (6656))].

(Munkar)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: baginda SAW bersabda: Malaikat datang ke dunia lalu melihat anak Adam melakukan maksiat, lalu mereka berkata: Wahai Tuhan! Betapa jahilnya mereka! Betapa sikitnya pengetahuan mereka terhadap keagungan-Mu. Lalu Allah SWT berkata: Sekiranya kamu di tempat mereka maka kamu juga akan melakukan maksiat terhadap-Ku, mereka berkata: Bagaimana boleh jadi begini dan kami bertasbih kepada-Mu dan mensucikan-Mu?! Maka Dia berkata: Pilihlah dua malaikat daripadamu. Dia berkata lagi: Pilihlah Harut dan Marut kemudian akan diturunkan mereka ke dunia, dan akan dimasukkan pada mereka berdua syahwat bani Adam, dan akan dijadikan bagi mereka seakan-akan seorang wanita. Maka terpelihara mereka sehinggalah mereka melakukan maksiat. Lalu Allah Azzawajalla berkata pada mereka: Pilihlah di antara azab dunia atau azab akhirat? Lalu mereka memandang sesama sendiri. Lalu dia berkata: Apa yang mereka jawab? Baginda berkata: Aku berkata bahawa azab dunia ini terputus tetapi sesungguhnya azab akhirat itu tidak terputus lalu mereka memilih azab dunia. Mereka berdua inilah yang telah Allah Azzawajalla sebutkan di dalam kitab-Nya, firman Allah SWT: "Dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut" (al-Baqarah: 102). [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6656].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs