Daif

30/06/2024

minit bacaan



Malaikat akan duduk di pintu-pintu masjid pada hari Jumaat

Teks Bahasa Arab

تَقْعُدُ الْمَلَائِكَةُ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، يَكْتُبُونَ مَجِيءَ النَّاسِ حَتَّى يَخْرُجَ الْإِمَامُ، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ؛ طُوِيَتِ الصُّحُفُ وَرُفِعَتِ الأَقْلَامُ؛ فَتَقُولُ الْمَلَائِكَةُ بَعْضُهَا لِبَعْضٍ: مَا حَبَسَ فُلَانًا وَحَبَسَ فُلَانًا؟ فَتَقُولُ الْمَلَائِكَةُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ: اللهُمَّ! إِنْ كَانَ مَرِيضًا فَاشْفِهِ، وَإِنْ كَانَ ضَالًّا فَاهْدِهِ، وَإِنْ كَانَ عَائِلًا فَأَغْنِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Malaikat akan duduk di pintu-pintu masjid pada hari Jumaat. Mereka mencatat kedatangan orang ramai sehingga imam keluar. Apabila imam keluar, lembaran ditutup dan pena diangkat. Lalu sebahagian malaikat bertanya kepada sebahagian yang lain: “Apa yang menghalang si polan ini dan apa yang menghalang si polan itu (untuk datang ke masjid)?” Lantas sebahagian daripada malaikat berkata kepada sebahagian yang lain: “Wahai Allah, jika dia sakit, sembuhkanlah dia; jika dia tersesat, berilah petunjuk kepadanya dan jika dia kefakiran, cukupkanlah dia.”

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 305, hadis no. 1611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص – رضي الله عنهما -، مرفوعًا: ((تَقْعُدُ الْمَلَائِكَةُ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، يَكْتُبُونَ مَجِيءَ النَّاسِ حَتَّى يَخْرُجَ الْإِمَامُ، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ؛ طُوِيَتِ الصُّحُفُ وَرُفِعَتِ الأَقْلَامُ؛ فَتَقُولُ الْمَلَائِكَةُ بَعْضُهَا لِبَعْضٍ: مَا حَبَسَ فُلَانًا وَحَبَسَ فُلَانًا؟ فَتَقُولُ الْمَلَائِكَةُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ: اللهُمَّ! إِنْ كَانَ مَرِيضًا فَاشْفِهِ، وَإِنْ كَانَ ضَالًّا فَاهْدِهِ، وَإِنْ كَانَ عَائِلًا فَأَغْنِهِ)). [ابن خزيمة، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5161)].

(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Malaikat akan duduk di pintu-pintu masjid pada hari Jumaat. Mereka mencatat kedatangan orang ramai sehingga imam keluar. Apabila imam keluar, lembaran ditutup dan pena diangkat. Lalu sebahagian malaikat bertanya kepada sebahagian yang lain: “Apa yang menghalang si polan ini dan apa yang menghalang si polan itu (untuk datang ke masjid)?” Lantas sebahagian daripada malaikat berkata kepada sebahagian yang lain: “Wahai Allah, jika dia sakit, sembuhkanlah dia; jika dia tersesat, berilah petunjuk kepadanya dan jika dia kefakiran, cukupkanlah dia.” [Riwayat Ibn Khuzaymah dan al-Asbahani. lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5161].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.