Maksud al-Hiqb

TEKS BAHASA ARAB

(لابثين فيها أحقاباً): الحقب الواحد: ثلاثون ألف سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya." [al-Naba’: 23] Satu kurun adalah bersamaan dengan tiga puluh ribu tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1507, hadis nombor 7674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (لابثين فيها أحقاباً): الحقب الواحد: ثلاثون ألف سنة. [طب، (الضعيفة)) (5382)].

(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: (("Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya." [al-Naba’: 23] Satu kurun adalah bersamaan dengan tiga puluh ribu tahun.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5382].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.