Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
(لَابِثِينَ فِيهَا أَحْقَابًا): الحِقْبُ الوَاحِدُ: ثَلَاثُونَ أَلْفَ سَنَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya." [al-Naba’: 23] Satu kurun adalah bersamaan dengan tiga puluh ribu tahun.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1507, hadis no. 7674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: (لابثين فيها أحقاباً): الحقب الواحد: ثلاثون ألف سنة. [طب، (الضعيفة)) (5382)].
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: (("Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya." [al-Naba’: 23] Satu kurun adalah bersamaan dengan tiga puluh ribu tahun.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5382].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman